Jumaat, 2009 Disember 04

rintisan

secubit kata khilafnya..
rosak seluruh jiwa..
rasa sakit tak terhingga..

Khamis, 2009 November 26

kisah sebenar

hakikat hidup dunia..
hanyut bersama fatamorgana dunia..
indah dibuai sengsara..
tergoda akan indah yang sia..

tercari dan mencari..
berlindung di sebalik kenyataan..
dusta di lantai dunia..

Rabu, 2009 November 18

elak bertemu kaa faa raa

propaganda dunia hari ini pelik.
menghasut..
mempengaruh..
mengubah..
perilaku manusia semasa..
membuatkan kami buta..
lupa pada tujuan asal....
sungguh jelik niat mereka..

jangan politikkan minda kami ..
gayanya sama dengan hipnosis sahaja..
hanya untuk mencapai matlamat sedia ada..
kami lemah..

dunia hari ini..
mengerunkan..
elak persuasif buruk..
kuatkan basis masing-masing..
teguh bersatu..
agar mampu menentang mereka..
ingat pesan DIA, bukan propaganda mereka..

Khamis, 2009 November 12

persepsi sendiri



seni transformasi itu indah..
berkaitan dengan komposisi hidup

sesuatu itu akan sempurna bila mana seni transformasi itu terjadi..
misalnya asid bertemu alkali dengan skala yang cukup
hasilnya neutral..
misalnya cas hidrogen bertemu cas hidroksida dengan skala yang cukup

hasilnya molekul air..

tetapi aku..
yang masih punya sifat magnetisme
aku hanya bahagian kutub negatif..
masih tercari-cari kutub positifnya..

dengan rela..
biar seni transformasi melakukan kerjanya..
agar nilai estetika menawan hati..

Isnin, 2009 November 09

statistik realiti



distribusi realiti yang diberi variasi..

variasi fenomenologi adalah dua..
naluri hidup atau mati...

cuba untuk mengeneralisasikan fungsi..
fungsinya adalah elemen kasih cinta si dia..
tempoh masa diberi untuk afeksi sendiri..
tidak mencukupi...

hasilnya, provinsi telah dirobek.
dan...
konklusinya adalah gagal...

Khamis, 2009 November 05

kapasiti


semakin jauh ke puncak...
tekanan, graviti serta takat beku
sempitkan lagi akal aku..

"percayalah..ini hanya mainan jiwa saja.. BANGKIT"

suara-suara emas masih obses menyampai..
jasad ini setia mengepam laju..
bendalir-bendalir merah darah mengalir lalu..
oksigen-oksigen memenuhi ruang peparuku..
medula oblangata gagah mengawal rapi..

selangkah lagi..
aku mampu...
tiada had untuk kapasiti aku..

Jumaat, 2009 Oktober 23

sesak sesal

hari ini..
penuh bertakung..
sesal-sesal hari dulu..

tak sanggup lagi menadah..
dah serik digilis.
dah serik dihenyak..
dah serik ditoreh..
huuuu..

biarkan aku lelapmati lagi..
agar esok.
aku kosongkan jiwa..
biar saki baki sesal jadi kajian
agar mudah aku caturkan sekali lagi..
ini cabaran aku..